• Institute of Ocean and Earth Sciences (IOES)
  • admin.ioes@um.edu.my
  • +603-7967 4640
logo
logo

Pameran Mini Khazanah Biodiversiti Negara

Jun 26, 2026
09.00 AM - 05.00 PM
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)

IOES berbesar hati menerima jemputan daripada Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sebagai salah satu pempamer dalam Pameran Mini Khazanah Biodiversiti Negara yang telah berlangsung pada Jumaat, 26 Jun 2026. 

Melalui penyertaan ini, IOES mempamerkan koleksi spesimen biodiversiti marin, antaranya dugong, rumput laut, rumpai laut, batu karang keras (Scleractinia), batu karang lembut (Octocorallia) dan kulat, sebagai usaha menyokong inisiatif meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti negara. Untuk maklumat lanjut, lawati Facebook IOES.